Perjalanan dari Bertam Indah bermula pukul 6:30 petang. Masa perjalanan terpaksa ditunda memandangkan pada tengah hari ada kenduri kahwin jiran sebelah (En Mat). Berhenti sembahyang maghrib dan isyak di Parit Buntar. Perjalan diteruskan sehingga ke Lumut untuk berhenti makan dan isi minyak di stesyen Petronas. Perhentian seterusnya di Kuala Selangor untuk berehat dan tidur sekejap. Ambil jalan pintas terus ke Kuala Lumpur dan sampai di Medan Tunku lebih kurang pukul 3:00 pagi. Tidur sekejap dan terus ke Masjid Negara Untuk Sembahyang Subuh. Jemaah tak sampai 10 orang, nampak gayanya jauh ketinggalan dengan Masjid Bertam.
Selepas subuh bertolak ke Melaka guna highway PLUS kena RM13.00 (rugi²). Nak buat camna setting broadband tak betul. Berehat di R&R Seremban dan teruskan perjalanan mencari Hotel di Melaka. Cukup susah nak buat keputusan, akhirnya Puteri Resort, Ayer Keroh menjadi pilihan hati (RM195.50).
Post a Comment