Dari Ayah Khas Untuk Umi...

Posted by Megat Fauzi Mohamad | 6/15/2009

Hari ni ayah puas selongkar stok data² lama, cari video² yang pernah dirakam. Banyak video hilang masa motherboard pc "kong" tempoh hari... Kedai computer tu dah pi "format" hard disk sebelum mintak kebenaran dulu... Nak bising² pon benda dah jadi... lagi pulak member... sabor ajelahhh....

Last-last jumpak satu video yang ok lagi... edit sikit sebanyak... "attach"... Ha... siap pon. Video ni diambek sekitar tahun 2006, masa first time berinteraksi dengan Digital Camera. So... antara karya pertama ayah... Sorry to say to Haziq, u r not born yet.

Video ni khas dari Ayah untuk Umi...


Video Pertama Haziq Ke Giant SP

Posted by Megat Fauzi Mohamad | 6/14/2009

Hari ni Umi komplen sebab belum ada satu pon video Haziq... Periksa² dalam kamera pon tak jumpa... Sayang sekali gambar masa Haziq lahir... dah dipadam dari kamera. tak tau sapa punya kerja... Memandangkan hari ni nak ke Giant... So, Ayah dengan Umi gunakan kesempatan ni untuk ambek gambar video haziq...

Tak lama pon... Tak apa... satu hari nanti ayah akan buatkan video panjang untuk Haziq.



Melaka - Seremban - Beranang - Putrajaya - KL

Posted by Megat Fauzi Mohamad | 6/14/2009

Lagi gambar di Puteri Resort. Sebelum check out dan ucap "babai" dekat resort ni, mai kita ambek gambaq dulu. Si Abang biasala.. dengan gaya ala² "Ashkachu"nya (hero pokemon)..., siap bawak laptop lagi... Abang... abang...

Check out pukul 12:00 tengah hari, terus ke KL ikut jalan Seremban. Berhenti makan dekat kedai tomyam di Beranang. Sedap dan murah... memang direkomen... (iklan jalan² cari makan jap). Habis makan teruskan perjalanan, ingatka boleh "save" tol, rupa-rupanya kena jugak RM3.00... Memang pandai geng LEKAS ni buat jalan... pantang lepa sikit, sedaq² dah "ataih" highway.

Saja masuk Putrajaya... boring²... tak banyak yang boleh dibuat... kecuali tengok pemandangan dari dalam kereta. Si baby Haziq mengamuk pasal susu dah habis... Punyala pusing satu Putrajaya nak cari susu tin... terlampau canggih sangat sampai last² jumpak susu dekat mini market di Bangi... Harap tempat saja yang besaq, langsung tak memudahkan pelancong... "komplen-komplen"....

Sampai KL terus ke Masjid Negara, berhenti sembahyang. Punyala layan si baby Haziq ni... sedar² Haziq dah berak dan kena baju dengan seluar ayah. Si Abang dengan Kakak punyala seronok gelakkan si Haziq...

From Teluk Intan With Love..

Posted by Megat Fauzi Mohamad | 6/13/2009


Memori menggamit di Teluk Intan, Perak pada tarikh 10/06/2009. On the way dari Hotel Sekinchan, singgah sebentar di Teluk Intan nak tunjuk dekat bebudak "menara condong" buatan Malaysia. Kalau nak naik atas tak payah "bayaq", cuma tulis nama dalam buku pelawat saja. Yang boleh naik cuma 2 tingkat saja, tingkat selebihnya ada tangki "ayaq". Kalau nak teringin servis tangki munkin "depa" bagi naik kot.

Sebelah menara ni ada food court. Sedap ke tak.. tak tau la pulak. Tak makan pon... masih kekenyangan.... cuma singgah beli "ayaq" bandung dengan soya panas. "Ayaq" bandung tu memang si Uminya rekomen.... Dia kata : "Sedap la bang... 'maneh' betoii..."

Jom layan "gambaq".....

Si Comel Haziq

Posted by Megat Fauzi Mohamad | 6/13/2009

Gambar ni tersalah setting tarikh. Diambil di Taman Rekreasi Tupah. Puas berkubang dengan abang dan kakak. Umi dia kena jaga baby comel Haziq. So.. apa lagi. Senyum-senyum.. sessi fotografi dah mula... action!!!!


Ini pulak gambar yang diambil di Giant selepas puas shopping barang² dapur....

Main Papan Luncur di Puteri Resort

Posted by Megat Fauzi Mohamad | 6/12/2009

Ini Video yang memamaparkan keseronokan bebudak² main papan lungsur air, di kolam renang Puteri Resort. Kira macam kat "Water Theme Park" gitu. "Save budget" he.. he.. he..

Percutian Pada 08/06/2009 - 10/06/2009

Posted by Megat Fauzi Mohamad | 6/12/2009

Perjalanan dari Bertam Indah bermula pukul 6:30 petang. Masa perjalanan terpaksa ditunda memandangkan pada tengah hari ada kenduri kahwin jiran sebelah (En Mat). Berhenti sembahyang maghrib dan isyak di Parit Buntar. Perjalan diteruskan sehingga ke Lumut untuk berhenti makan dan isi minyak di stesyen Petronas. Perhentian seterusnya di Kuala Selangor untuk berehat dan tidur sekejap. Ambil jalan pintas terus ke Kuala Lumpur dan sampai di Medan Tunku lebih kurang pukul 3:00 pagi. Tidur sekejap dan terus ke Masjid Negara Untuk Sembahyang Subuh. Jemaah tak sampai 10 orang, nampak gayanya jauh ketinggalan dengan Masjid Bertam.

Selepas subuh bertolak ke Melaka guna highway PLUS kena RM13.00 (rugi²). Nak buat camna setting broadband tak betul. Berehat di R&R Seremban dan teruskan perjalanan mencari Hotel di Melaka. Cukup susah nak buat keputusan, akhirnya Puteri Resort, Ayer Keroh menjadi pilihan hati (RM195.50).

.